EPISOD 1
Pagi itu, abah suruh aku bersiap awal kerana kami perlu ke Hospital Batu Pahat menaiki kereta sewa Pak Chikku. Setibanya di sana, aku lihat sudah ramai mereka yg menunggu giliran utk membuat pemeriksaan doktor atas pelbagai sebab. Aku membelek-belek no giliran yg ada di tanganku. Sabar, masih lama lagi utk aku dipanggil berjumpa doktor. Aku cuba menenangkan diri dengan berfikir yg baik- baik saja. Namun, ingatan buruk tetap masih mampu menyelinap ke dalam kotak fikirku. Mungkinkah aku akan gagal dlm ujian ini? Semakin lama menunggu di kerusi ini, aku menjadi semakin gelisah. Benarlah, penantian itu suatu penyiksaan.
Tidak lama kemudian, namaku dipanggil untuk masuk berjumpa doktor. Aku menghulurkan borang pemeriksaan kesihatan yang ada padaku berserta filem x-ray yg telah siap diambil seminggu lebih awal. Selesai doktor membuat pemeriksaan dan menurunkan tandatangannya di borang yg aku berikan tadi, aku menarik nafas lega.
Abah setia menungguku di luar. Ujian pertama selesai, kini ujian kedua menanti. Bagaimana aku akan ke sana? Siapa akan menghantar aku? Aku budak kampong yg tidak pernah berjauhan denga keluarga. Aku pernah mendengar perbualan mak dengan abah pada suatu malam. Mak agak keberatan untuk melepaskan aku pergi. Namun, abah sebagai ketua keluarga begitu tegas dengan keputusannya. Aku mesti diberi peluang untuk pergi.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment